PANDUAN DAN PROSEDUR UMUM
Projek Anjung Bahasa
Anjung Bahasa merupakan projek lawatan sambil belajar. Anjung Bahasa merupakan singkatan bagi projek membawa anak bangsa (pelajar) berkunjung ke suatu tempat yang bersesuaian untuk menimba pengalaman sebenar, mengumpul ilmu dan maklumat serta memberi mereka peluang mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam situasi sebenar. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat atau tahap, iaitu Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascanjung Bahasa.
Anjung Bahasa merupakan projek lawatan sambil belajar. Anjung Bahasa merupakan singkatan bagi projek membawa anak bangsa (pelajar) berkunjung ke suatu tempat yang bersesuaian untuk menimba pengalaman sebenar, mengumpul ilmu dan maklumat serta memberi mereka peluang mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam situasi sebenar. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat atau tahap, iaitu Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascanjung Bahasa.
Tata cara Projek Anjung Bahasa
... Praanjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
- Menyediakan kertas kerja Anjung Bahasa.
- Memohon kebenaran pihak sekolah.
- Memastikan jumlah murid/pelajar yang ikut serta.
- Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar.
- Memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa/penjaga tentang keperluan yang perludibawa/disediakan.
- Memohon kebenaran pihak yang dikunjungi.
- Merancang aktiviti praanjung, anjung bahasa dan pascanjung.
- Menyediakan keperluan Anjung Bahasa seperti kenderaan, jamuan dsb.
- Melaksanakan aktiviti praanjung, antaranya bersoal jawab bersama pelajar, berbincang, meramal kejadian, menimbulkan persoalan dsb.
- Mendokumentasikan aktiviti praanjung melalui catatan dan rakaman video.
Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar
- Mengisi borang Anjung Bahasa dan meminta tandatangan ibu bapa/penjaga sebagai pengakuan kebenaran telah diberikan.
- Membuat persiapan yang perlu, sesuai dengan tuntutan/tujuan Anjung Bahasa.
... Anjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
- Memastikan segala keperluan tersedia seperti yang dirancang.
- Memastikan kenderaan bersedia untuk bertolak.
- Mencatat kehadiran dan memastikan jumlah pelajar yang ikut serta pada hari sebenar.
- Mengawasi tingkah laku dan keselamatan murid atau pelajar.
- Memastikan semua pelajar mengikut arahan, antaranya melaksanakan tugas yang diberikan seperti mengumpul maklumat, membuat catatan, bertanya, menyelesaikan masalah dsb.
- Memastikan semua pelajar kembali ke sekolah dengan tertib dan selamat.
- Mendokumentasikan aktiviti Anjung Bahasa melalui catatan dan rakaman video.
Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar
- Bersedia dari aspek mental, fizikal dan material serta kelengkapan sesuai dengan keperluan yang telah dimaklumkan oleh guru pengawas.
- Memberikan kerjasama kepada guru pengawas, khususnya menjaga disiplin dan mematuhi arahan yang diberikan.
- Melaksanakan tugasan yang diberikan pada sepanjang aktiviti Anjung Bahasa.
- Berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku agar objektif Anjung Bahasa berjaya dicapai.
... Pascaanjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
- melaksanakan aktiviti Pascaanjung Bahasa seperti yang dirancang, misalnya menggunakan maklumat yang dikumpul, pengalaman pelajar dan catatan pelajar untuk:
berkongsi pengalaman dan mencatatkannya
menimbulkan isu dan mencatatkannya
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dalam Praanjung Bahasa
menjawab soalan kefahaman
pembentangan laporan
menulis karangan argumentatif
menulis karangan naratif
menulis karangan deskriptif
menulis sajak
menulis cerpen
menulis drama
menulis rumusan
menulis ringkasan
membuat ulasan
menghasilkan buku skrap atau kreatif
menghasilkan poster bermesej
menyumbang bahan tulisan dan gambar dalam laman web sekolah atau blog (jika ada)
mengadakan pameran urutan lawatan
mewujudkan sudut kunjungan di bilik darjah, dsb. - Menyemak hasil kerja pelajar dan memberikan markah.
- Menyediakan laporan Anjung Bahasa yang lengkap untuk makluman pengetua dan rekod sekolah.
- Menyediakan rumusan ringkas kejayaan dan faedah Anjung Bahasa kepada ibu bapa/penjaga (jika perlu).
- Menulis surat ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang dikunjungi.
Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar
- Terlibat sepenuhnya dalam aktiviti Pascaanjung Bahasa.
- Berupaya menggunakan segala pengalaman, maklumat dan ilmu yang diperolehi daripada aktiviti Anjung Bahasa.
- Bersedia untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dengan rakan lain jika tugasan yang diberikan adalah tugasan berkumpulan.
- Menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.
- Berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku agar objektif Anjung Bahasa berjaya dicapai.